Soalan.Guru

Terma Program Affiliate

Dikemas kini: 11 Ogos 2026

1. Program Affiliate

Program Affiliate Soalan.Guru membolehkan ahli mempromosikan produk Soalan.Guru menggunakan pautan referral unik dan menerima komisen bagi pembelian yang layak.

2. Kadar Komisen

Kadar komisen standard ialah 20% daripada nilai pembelian yang layak, kecuali kadar lain ditetapkan pada akaun affiliate berkenaan.

3. Referral dan Pembelian yang Layak

Apabila seseorang mengakses Soalan.Guru melalui pautan referral affiliate yang sah, referral tersebut boleh disimpan sehingga 30 hari.

Jika referral yang sah telah direkodkan, referral affiliate lain yang dikunjungi dalam tempoh tersebut tidak akan menggantikan referral asal.

Komisen hanya direkodkan bagi transaksi yang berjaya dibayar dan dikaitkan dengan affiliate yang masih aktif.

4. Pembelian Sendiri

Affiliate tidak layak menerima komisen bagi pembelian yang dibuat menggunakan akaun sendiri.

5. Pembayaran Komisen

Komisen akan dikumpulkan dalam akaun affiliate. Pembayaran boleh dibuat apabila jumlah komisen yang belum dibayar mencapai minimum RM50.

Affiliate bertanggungjawab memastikan nama bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun yang diberikan adalah tepat.

6. Pembatalan, Refund dan Transaksi Tidak Sah

Komisen bagi transaksi yang dibatalkan, dipulangkan, dipertikaikan atau didapati tidak sah boleh dibatalkan atau diselaraskan oleh Soalan.Guru.

7. Penyalahgunaan Program

Affiliate tidak dibenarkan menggunakan spam, transaksi palsu, maklumat mengelirukan atau kaedah lain yang bertujuan memanipulasi sistem affiliate.

8. Penamatan Akaun Affiliate

Soalan.Guru berhak menyahaktifkan penyertaan affiliate sekiranya terdapat penyalahgunaan, penipuan atau pelanggaran terma program.

9. Perubahan Program

Soalan.Guru boleh mengemas kini kadar komisen, syarat pembayaran dan terma program dari semasa ke semasa. Perubahan akan berkuat kuasa selepas diterbitkan di laman ini.